23 March 2013

Diari Trip ke Tasik Pedu, Kedah

Assalamualaikum,

Tasik Pedu merupakan tasik buatan manusia yang terletak di negeri Kedah. Ianya merupakan empangan buatan manusia yang dibina pada tahun 1969 di bawah Skim Rancangan Pengairan Muda bertujuan untuk mengairi Kawasan Muda seluas 96,000 ha bagi membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Empangan ini mampu menampung sebanyak 1,073 x 106 m3 air. 

8 November 2010
5.00 petang
Aku telah mengikuti lawatan kerja ke Tasik Pedu. Dari KLIA, aku telah bertolak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah pada petang 8 November 2010. Aku bermalam di rumah kawan aku yang memang tinggal di Alor Star. 

9 November 2010
8.00 pagi
Aku menghadiri taklimat ringkas mengenai lawatan ke Tasik Pedu.

8.30 pagi
Kami bertolak ke Tasik Pedu dengan menaiki kenderaan jabatan. Jarak dari Alor Star ke Tasik Pedu lebih kurang 60 km melalui laluan jalanraya dan mengambil masa hampir 2 jam. Jalanraya sangat selesa kerana ianya telah diturap tar, cuma kalau nak masuk ke Tasik Pedu dari pekan terdekat Kuala Nerang seharusnya ada kenderaan sendiri atau menaiki teksi (jarak dari Kuala Nerang ke Tasik Pedu 21 km). 
Trip ke Tasik Pedu, Kedah
Jalanraya yang berturap cantik

Air di Tasik Pedu ketika lawatan tu kelihatan surut kerana cuaca yang kering dan panas. 
Trip ke Tasik Pedu, Kedah
Air surut

Kami menaiki bot untuk melihat projek ternakan ikan dalam sangkar yang dijalankan di Tasik Pedu. 
Trip ke Tasik Pedu, Kedah
Menaiki bot

Projek menternak ikan yang berdaya maju telah diusahakan di Tasik Pedu. 
Trip ke Tasik Pedu, Kedah
Projek sangkar ikan

8.30 malam
Aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang. 

Info:
Pelbagai tempat lain yang boleh dilawati di Tasik Pedu:
  • Taman Rusa (3.6 hektar)
  • Dusun Buah-buahan dan herba (4.0 hektar ) – sedang dalam pembangunan

2 comments:

  1. terbaru,,www.tasikpedu.com.my
    welcomeback to pedu,,
    ada boat house
    untk 15 org ,,



    ReplyDelete
  2. ,,tasik pedu

    suadah ada "boathouse"
    wellcome back to pedu!
    from amirpedulake@yahoo.com
    www.tasikpedu.com.my

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^