31 May 2013

Bermunajat di Sepertiga Malam

Assalamualaikum,

Gambar sekadar hiasan - Google
Solat adalah rukun Islam kedua yang merupakan tiang kepada agama seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” 
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Jika rosak ibadat solatnya maka akan rosak dan runtuhlah amalan ibadat yang lain yang diikat oleh tiang solat tersebut. Ibadat solat lima waktu telah difardukan kepada setiap umat Islam melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj iaitu pada 27 Rejab, 18 bulan sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. 

Qiamullail bermaksud ibadat yang dilakukan pada malam hari, sebaik-baiknya sepertiga akhir malam. Antara ibadat dilakukan adalah solat sunat pada waktu malam atau lebih dikenali solat sunat tahajud, berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

Gambar sekadar hiasan - Google
Kelebihan qiamullail dinyatakan seperti dalam hadis Rasulullah SAW:

“Allah SWT turun ke langit dunia pada setiap malam ketika mana berbaki sepertiga malam yang terakhir lalu berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.”  
(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Waktu inilah juga Allah SWT memperkenankan doa dan permintaan hamba-Nya. Gunakanlah peluang ini untuk berinteraksi dengan Allah SWT. Ceritakanlah kesedihan kita alami dalam kehidupan dan pohonlah petunjuk daripada–Nya.

Jika kita melakukan dosa maka pohonlah taubat dengan sebulat hati, semoga segala dosa yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak diampunkan Allah SWT.

Sumber : Berita Harian


(Auto publish)
^_^

Widget Rajin Komen oleh Waazin Aiman

Assalamualaikum,

Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada blogger Waazin Aiman kerana sudi berkongsi widget Rajin Komen (http://waazin.blogspot.com/2013/04/tutorial-widget-komen-terbanyak-untuk.html). Sebagai ucapan terima kasih, aku ingin review secara ringkas berkenaan blog ini.

Blog Waazin Aiman

Sebenarnya blog ini baru diwujudkan pada November 2012, namun aku merasa kagum sebab trafik blog ni memang tinggi. Blog yang penuh berinformasi ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana entrinya merangkumi isu semasa, cari kerja, agama dan cerita pelik. Contoh Folio sejarah dan Geografi untuk calon PMR juga ada disediakan. 

Jom ramai-ramai terjah dan follow di blog ini. 

^_^

30 May 2013

Doodle Comel oleh Kathy Arbain

Assalamualaikum,

Gembira rasanya bila first time terima doodle ni, comel sangat. Kalau nak harapkan aku buat sendiri memang tak pernah nak jadi. Bab berkaitan seni atau menghias ni memang aku lemah sikit, selalu main tangkap muat je. 

Kathy memang seorang sahabat blogger yang sporting dan baik. Sebelum ni Kathy dah buatkan header, cursor dan background untuk aku. Aku tak pernah minta, tapi Kathy sudi memberi secara percuma. Jika anda nak juga, bolehlah follow Kathy (http://coretanhatikathy.blogspot.com/). 

Jom tengok hasil doodle yang Kathy dah buat untuk aku:

Doodle tak transparent
Doodle transparent
p.s: Sayang sangat kat Kathy.. ♥ ♥ ♥

^_^

Big Giveaway by Alia Ali Ahmad

Assalamualaikum, 

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Zakirasli kerana sudi tag aku. 


Syarat untuk join pun sangat mudah dan pastinya hadiah pun menarik. 

Jika anda berminat untuk join, sila klik banner di atas. 

Senarai Hadiah :-
Top Referral : Novel + Topup RM 5 x 1 pemenang

RANDOM
  1. Pashmina x 2 Pemenang
  2. Bawal x 2 Pemenang
  3. Keychain 'melaka' x 7 Pemenang
  4. Topup RM 3 x 4 Pemenang
  5. Topup RM 5 x 2 Pemenang
  6. Bookmark x 4 Pemenang
  7. Hadiah Misteri x 2 Pemenang
Aku tag : Nana Liena

^_^

29 May 2013

Wordless Wednesday #6 - Jaga 3 Perkara

Assalamualaikum,

Jaga 3 Perkara

Sumber : Sini

^_^

Kerana Aku Seorang Wanita

Assalamualaikum, 

Gambar sekadar hiasan - Google
Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Sumber : Sini

^_^

Segmen Cabaran Mengumpul Blogger Seramai 1500!!

Assalamualaikum,

Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Kathy kerana sudi tag diriku ini.


Syarat yang dikenakan pun cukup mudah, dengan ini aku merajinkan diri untuk join segmen ni. 

Jika anda juga berminat untuk join, sila klik banner di atas. 

Aku Tag : Zakirasli 

^_^

28 May 2013

Pasrah pada Ketentuan

Assalamualaikum,

Pasrah
Gambar sekadar hiasan (Erra Fazira dalam filem Pasrah) - Google
Bertemu dan berpisah itu lumrah kehidupan manusia kerana tiada yang kekal di atas bumi Allah SWT. Namun perpisahan akibat dikhianati amat pedih untuk diterima. Ianya umpama kaca terhempas ke batu, terus hancur berderai. Ikuti kisah ini.. 

"Kawan aku, Hafiz minta aku carikan jodoh untuk dia." tiba-tiba Ika bersuara. Ain sedang kusyuk menyiapkan laporan untuk dibentang pada keesokan harinya. "Aku dah berkahwin, tinggal kau saja antara kawan aku yang belum kahwin. Aku bercadang nak jodohkan kau dengan Hafiz, dia pun dah bersetuju" sambung Ika lagi. Tersentak Ain mendengar kata-kata Ika, 'Tua sangat ke aku ni? Baru masuk 26 tahun kot.' bisik hati Ain. "Ikut kau la Ika. Aku dah malas nak fikir pasal jodoh ni." balas Ain bersahaja. 

Telah banyak kali Ain diajukan soalan yang sama setiap kali pulang ke kampung, "Bila nak makan nasi minyak?". Ain hanya mampu tersenyum sebab dah lali dengan soalan itu. Bagi Ain kerjayanya tetap diutamakan, jika ada jodoh Insya-Allah tak ke mana. 

"Hujung minggu ni saya akan datang ke Putrajaya sebab ada kenduri kahwin sepupu saya di Dewan Presint 9. Ain ikut sama ya? Lepas tu boleh terus ikut saya dan keluarga saya pulang ke Pekan, Pahang." Hafiz mengajak Ain dan Ain bersetuju. 

Ternyata kedatangan Ain ke rumah keluarga Hafiz diterima baik oleh ibu dan ayah Hafiz serta adik-beradiknya yang lain. "Mak cik harap sangat hubungan Ain dengan Hafiz akan berakhir dengan ikatan perkahwinan yang sah."  ucap ibu Hafiz kepada Ain. Ain hanya mampu tersenyum malu. 

Sudah hampir sebulan Hafiz mendiamkan diri. Ain merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Tergerak di hatinya untuk menghubungi nombor telefon Hafiz, namun tiada jawapan. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dari Ain bertanyakan khabar juga tidak dibalas. Banyak kali Ain cuba menghubungi, "Assalamualaikum kak Ain, saya Halim adik Hafiz." akhirnya kedengaran suara lelaki lain yang menjawab panggilan. "Waalaikummussalam Halim. Kak Ain dah lama tak dengar khabar berita dari Hafiz. Dia ok ke?" Ain bertanya. 

"Sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak maklumkan kepada kak Ain. Harap kak Ain terima dengan hati yang tenang ya." berdebar-debar pula Ain mendengar intonasi suara Halim, seperti ada sesuatu yang tidak kena pula. "Abang Hafiz minta kak Ain jangan ganggu dia lagi. Dia bakal berkahwin dengan wanita lain pada hujung tahun ini." tersentak Ain mendengar kata-kata Halim. Dirasakan seperti mimpi, dicubit tangannya memang terasa sakit. "Kenapa tiba-tiba pula Hafiz buat keputusan macam ni? Kenapa bukan dia sendiri yang bagi tahu kak Ain?" bagaikan hujan lebat turun mencurah, begitulah lajunya air mata Ain mengalir. 

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata manis Hafiz, "Insya-Allah saya akan jumpa keluarga Ain lepas raya nanti. Saya nak Ain tahu, saya amat menyintai Ain." Ain terus menangis. Kenapa memberikan harapan sedangkan niat di hati tidak akan mengotakannya? Tiba-tiba telefon bimbit Ain berbunyi. 

"Assalamualaikum Ain. Ini mak cik, ibu Hafiz." terkejut Ain mendapat panggilan telefon itu. "Mak cik marah dengan apa yang Hafiz dah buat pada Ain. Mak cik pun tak kenal siapa pilihan hati Hafiz tu. Mak cik minta maaf bagi pihak Hafiz, mak cik faham perasaan Ain sebab mak cik pun perempuan juga." kedengaran ibu Hafiz menangis teresak-esak. 

"Waalaikummussalam mak cik. Ain pun tak sangka hubungan kami berakhir seperti ini. Kenapa dia tidak berterus terang sendiri kepada Ain? Apa salah Ain diperlakukan sebegini?" Ain masih tersedu-sedu sambil menyeka air matanya yang terus mengalir. "Mak cik harap Ain terus tabah hadapi dugaan dari Allah SWT ni. Anggap dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk Ain. Mak cik tetap sayangkan Ain walaupun Ain tak jadi menantu mak cik." sambung ibu Hafiz lagi. 

Pasrah
Pasrah - Google
Benarlah kata-kata, 'bukan semua cinta itu berakhir dengan ikatan perkahwinan'. Kita hanya merancang yang terbaik, hanya Allah SWT sahaja penentu segalanya. Kadang kala kita merasakan bahawa kitalah insan yang paling malang di dunia ini. Cuba pandang di sekeliling kita, masih ramai lagi insan lain yang lebih malang dari kita. Seharusnya kita mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Pasti ada hikmahnya di atas musibah yang terjadi. Hanya Allah SWT yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan masa akan datang. 

^_^

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum,

Tempoh hari aku menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabat baik aku masa study dulu (Efa) di Kapar, Klang. Rasanya dialah sahabat aku yang terakhir yang berkahwin pada tahun 2013 ni (tinggal aku seorang je belum).

Aku pergi pun tak lama sebab terpaksa pulang awal, jadi gambar ni saja yang sempat diambil (guna kamera telefon yang biasa saja, tu tak clear). Yang sedihnya, tak sempat nak tunggu sehingga dia bersanding.

Aku dan sahabat baikku Efa
Memang unik masakan untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari tu. Aku tak sempat nak snap gambar. Rendang daging tu macam biasa, tapi ada sejenis sambal goreng yang rasanya sangat pedas. Kawan aku ni memang anak Jawa sejati, mungkinkah sambal tu memang makanan tradisi Jawa?

Tadi aku google cari gambar sambal ni. Akhirnya jumpa juga, rupanya lebih kurang macam gambar kat bawah ni.  Rasanya memang memenuhi citarasa aku  sebab aku memang sukakan makanan yang pedas. 

Sambal Jawa - Google
Aku mendoakan semoga jodoh Efa dan suaminya berkekalan hingga ke syurga..

^_^

27 May 2013

6 Tips Hapuskan Ketagihan Makanan Ringan

Assalamualaikum,

Apakah itu makanan ringan (junkfood)?  Merujuk kepada Merriam Webster's Collegiate Dictionary, makanan ringan adalah makanan tinggi kalori tetapi rendah kandungan khasiatnya. Salah satu daripada punca yang menyumbang kepada obesiti adalah pengambilan makanan ringan secara kerap.

Makanan ringan
Contoh makanan ringan
Sememangnya sukar untuk kita berhenti mengambil makanan ringan. Namun, terdapat beberapa tips yang mungkin boleh kita praktikkan secara istiqamah bagi menghapuskan ketagihan terhadap makanan ringan seperti berikut:

1. Bersukan
Bersukan
Bersukan
Bersukan boleh menyebabkan badan merasa gembira kerana ia akan menghasilkan endorfin iaitu hormon yang menenangkan. 

2. Berusaha Mengurangkan Sedikit Demi Sedikit
Kurangkan pengambilan makanan
Kurangkan pengambilan makanan
Berhenti mengambil makanan secara tiba-tiba sukar dilakukan. Apa kata anda beli sahaja makanan ringan kegemaran anda, namun dalam kuantiti atau saiz yang kecil. Gantikan dengan buah-buahan atau kekacang jika masih merasa lapar. 

3. Sarapan
Sarapan
Sarapan
Sarapan yang baik mestilah mengandungi banyak serat dan kaya protein. Ini membuatkan anda merasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk mencari makanan ringan. 

4. Pilih yang Mahal
Pilih yang mahal
Pilih yang mahal
Kalau anda merasa terseksa setiap kali ingin membayar harga makanan ringan ini, besar kemungkinan anda akan berhenti membelinya. 

5. Kawal Gula Darah
Makan kerap tapi sedikit
Makan kerap tapi sedikit
Gula darah yang stabil akan mengurangkan rasa lapar. Makan secara kerap tetapi dalam saiz yang kecil. 

6. Makanan Tambahan (Supplement)
Multivitamin
Multivitamin
Jika tubuh anda kekurangan khasiat, secara automatik tubuh akan mengarahkan otak supaya berbuat sesuatu, contohnya makan. Pengambilan multivitimin merupakan penyelesaian terbaik. 

Selamat mencuba.. 

Sumber : 

  • Najwa Mohd Ghazali (2007), Rapi Diet:Langsing cara sihat, Keluarga Communication Sdn. Bhd.
  • Gambar : Google

^_^

26 May 2013

Beriadah di Bukit Broga

Assalamualaikum,

26 Mei 2013

Dah hampir 2 tahun aku tinggal di rumah kakak aku di Semenyih. Tapi sepanjang tempoh masa tu memang tak pernah aku menjejakkan kaki di Bukit Broga ni. Kebetulan anak saudara aku mengajak pergi untuk beriadah bersama keluarga, jadi aku pun join la. 

Pagi tadi kami bertolak pada jam 7.00 pagi dari rumah kakak aku di Semenyih. Pendakian bermula pada jam 7.15 pagi. Disebabkan dah lama aku tak aktif, memang terasa amat penat. Kali terakhir aku mendaki pada tahun 2006 semasa study dulu (cerita klik sini). Hanya semangat yang kuat membuatkan aku terus nekad untuk meneruskan misi. 

Papan Tanda Bukit Broga
Papan Tanda ke Bukit Broga
Kami meletak kereta di tepi jalan berhampiran Ladang Arnab. Sebenarnya ada tempat letak kereta dalam kawasan ladang kelapa sawit di kaki Bukit Broga yang hanya dikenakan bayaran RM2.00/entry. Bermula dari ladang kelapa sawit, kami memulakan pendakian. 
Tempat letak kereta berbayar
Tempat letak kereta berbayar (RM2.00/entry)
Sepanjang perjalanan, jalan yang dilalui tidak rata ditambah pula beberapa trek agak licin. Kawasan bukit ditumbuhi pokok lalang yang subur dan meliuk lentok apabila ditiup angin. Untuk sampai ke puncak tertinggi iaitu setinggi 400 meter, kami perlu mendaki empat bukit. Pendakian kami mengambil masa hampir 2 jam (sebab banyak kali berhenti sebentar ambil oksigen segar).

Pendakian bermula
Pendakian bermula
Antara trek yang perlu dilalui semasa pendakian
Antara trek yang perlu dilalui semasa pendakian
Subhanallah, betapa cantiknya alam ciptaan Allah SWT bila dilihat dari atas bukit ini. Hilang rasa penat setelah melihat pemandangan indah ladang kelapa sawit, hutan yang menghijau dan kawasan perumahan nun jauh di bawah sana.

Indahnya alam ciptaan Allah SWT
Indahnya alam ciptaan Allah SWT
Puncak Bukit Broga
Puncak Bukit Broga
Perjalanan turun agak mudah (sebab tak letih sangat), namun perlu berhati-hati kerana trek yang licin. Apabila tiba di bawah kelihatan gerai menjual air kelapa telah dibuka. Jadi bagi sesiapa yang rasa haus, boleh berhenti minum air kelapa di situ.

Perjalanan menuruni bukit
Perjalanan menuruni bukit
Gerai menjual air kelapa
Gerai menjual air kelapa
Kemudahan tandas juga disediakan
Kemudahan tandas juga disediakan
Memang seronok sesekali beriadah bersama keluarga begini. Di samping merapatkan hubungan kekeluargaan, dapatlah juga menyihatkan tubuh badan. Memang tak menyesal datang sini. Insya-Allah aku akan ke sana lagi (ingin melihat matahari terbit). 

Mungkin juga lepas ni aku nak singgah di Ladang Arnab yang terletak berhadapan dengan ladang kelapa sawit.  Nampak macam menarik je tempat tu. Tadi dah tak sempat nak singgah sebab terlalu penat. Turun je terus menuju ke kereta dan pulang ke rumah.

Ladang arnab
Ladang Arnab

^_^

Istimewa Untuk Mu

Assalamualaikum,

Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Cik Akak sebab sudi review blog Dunia Kecil melalui entrinya bertajuk Dialah Raja dan Ratu Ku (http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/dialah-raja-dan-ratu-ku.html). Sebenarnya aku bukanlah seorang yang jiwang asalnya, tapi sejak mengenali Cik Akak aku mulai mengenali apa itu ayat cinta. 

Serius aku selesa bersahabat dengan Cik Akak ni. Usia kami sebaya (beza sebulan je sebab Cik Akak lahir pada bulan 11 manakala aku lahir pada bulan 12). Aku sukakan cara penulisan Cik Akak yang santai dan bersahaja, memang tidak jemu bila lepak di blog Cik Akak.

Izinku Gapai Bintang tajuk diberi kepada blog yang dilatari oleh warna ungu dan putih ini. Sebenarnya Cik Akak amat meminati warna ungu. Lagi satu nak loading masuk ke blog ni pun cepat je, itu merupakan salah satu faktor mengapa aku suka lepak di blog Cik Akak ni. 

Cik Akak tidak sombong walaupun telah dikenali ramai. Itu juga salah satu faktor mengapa aku suka bersahabat dengan Cik Akak. Walaupun belum pernah berjumpa, aku dapat merasakan dia seorang yang baik.Jadi apa tunggu lagi, jom ramai-ramai terjah dan follow di blog Cik Akak. Kunjungan anda pasti akan dilayan dengan baik. 

^_^

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2

Assalamualaikum,

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2


Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.



KLIK SINI UNTUK JOIN!



25 May 2013

Duit Oh Duit

Assalamualaikum, 

Siang tadi aku menghabiskan masa di Festival Belia Putrajaya. Bukan membeli apa sangat pun, sekadar jalan-jalan cuci mata tengok pameran dan jualan yang diadakan. Kebetulan tadi juga diadakan Karnival Jom Heboh di Presint 2. 

Yang paling menarik perhatian aku adalah booth Bank Negara Malaysia (BNM) berdekatan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Presint 4 (nampak sangat aku ni mata duitan..) Lama juga aku menyinggah di situ sebab dia ada pamerkan wang kertas dari Siri 1 sehingga yang terkini (Siri 4). 

Sambil menyinggah sambil bertanya maklumat mengenai duit yang dipamerkan tu. "Duit Siri 1 ni laku lagi ke encik?" aku bertanya. "Masih laku, kecuali untuk wang kertas RM500 dan RM1,000 sudah tidak laku." balas dia. 

Wang Kertas Siri 1, 2 dan 3
Wang Kertas Siri 1, 2 dan 3
Wang Kertas Siri 4
Wang Kertas Siri 4
"Boleh encik terangkan mengenai perbezaan di antara wang kertas dari Siri 1 sehingga yang terkini (Siri 4)?" aku bertanya lagi. "Bagi Siri 1 (1967-1981), Siri 2 (1982-1995), Siri 3 (1996-2012) dan Siri 4 (Disember 2012 hingga sekarang). Perbezaan ketara adalah dari segi ciri-ciri keselamatan dan Siri 4 diperbuat dari polimer." panjang lebar dia menerangkan. 

"Satu lagi saya nak tanya, jika kita ingin menukar wang kertas yang telah rosak, sebenarnya bank manakah yang boleh menerima selain BNM?" aku bertanya soalan terakhir pada dia. "Sepatutnya semua bank komersial wajib menerima wang kertas yang rosak. Jika ada yang menolak cik boleh buat aduan terus kepada BNM." balasnya. Baru aku tahu, sebelum ni aku pernah nak tukar duit raya di BSN tapi ditolak sebab alasannya duit koyak hanya boleh ditukar di BNM atau Maybank. 

Tadi aku ada cari maklumat mengenai ciri-ciri keselamatan bagi wang kertas Siri 4 seperti yang encik tadi terangkan dalam Laman Web Bank Negara Malaysia. Contoh untuk duit RM10.00 seperti berikut: 



Keterangan (aku copy dan paste je ):
(1) Intaglio - Feel the raised printing effect by touch. 

(2) Watermark Potrait - Look at the banknote against white light and observe : watermark portrait and numeral 10.

(3) Perfect see-through register - Look at the banknote against white light and observe : complete formation of numeral 10.

(4) Colour shifting security thread - Tilt the banknotes and observe : the woven security thread changes colour from blue to red continuous dark line with micro text BNM10. 

(5) Coloured glossy patch - Tilt the banknotes and observe : a gold-coloured stripe with text RM10.

(6) Micro letterings - Check using magnifier and UV light for the following : intaglio micro letterings.

(7) Two colour fluorescent element - Check using magnifier and UV light for the following : image of Rafflesia with numeral 10, appear in red and yellow colour.

(8) Text and logo - Check using magnifier and UV light for the following : stag motif and a rectangle with text ‘BNM10’.

(9) Security fibers - Check using magnifier and UV light for the following : visible scatterred in red, yellow and blue colours.


^_^

24 May 2013

11 Cara Membuka Hati yang Tertutup untuk Menerima Ilmu

Assalamualaikum,

Buku
Gambar sekadar hiasan - Google
Menuntut ilmu adalah fardu seperti hadis Rasulullah SAW dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."(1) Namun, tanpa kita sedari, kadangkala hati kita tertutup untuk menerima ilmu.

Bagaimanakah cara untuk membuka hati yang tertutup menerima ilmu? Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin, usaha-usaha berikut boleh diamalkan bagi membuka hati yang tertutup menerima ilmu yang benar (2):
  1. Mengutamakan mujahadah iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah SWT. Allah SWT berfirman: "Dan orang yang berjuang untuk mencari keredhaan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami." (Surah al-Ankabut : 69). 
  2. Menghapuskan semua sifat-sifat mazmumah (sifat tercela). 
  3. Menjauhi maksiat. 
  4. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah SWT.
  5. Bertawakal kepada Allah SWT.
  6. Zuhud (meninggalkan kecintaan kepada dunia yang melampau atau melalaikan).
  7. Berusaha menjauhi tuntutan syaitan. 
  8. Ikhlas kepada Allah SWT. Keikhlasan melahirkan hati yang suci dan bersih lalu dipenuhi nur (cahaya). Dengan nur,  ilmu mudah difahami dan diserap. 
  9. Selalu membaca al-Quran akan memberi sinar kepada hati agar mudah untuk menerima ilmu. Al-Quran adalah tangga untuk mencapai ilmu di Luh Mahfuz di mana kandungan al-Quran itu sendiri berasal dari Luh Mahfuz. Seperti firman Allah SWT: "Bahkan, yang mereka dustakan ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan di dalam Luh Mahfuz." (Surah al-Buruj: 21-22).
  10. Merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana kedua-duanya adalah sumber ilmu sejati dan penyempurna kepada akal manusia. Ilmu pengetahuan yang benar akan memperolehi sinar apabila dihubungkan dengan kedua-dua sumber asli ini.
  11. Mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang muhaddis terkemuka, Ibnu as-Salah menyebut bahawa Sheikh Waqi pernah berkata: "Apabila anda ingin menghafal hadis, hendaklah anda mengamalkan ajarannya." 
Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.. 

Rujukan : 
(1) Islam Grid
(2) Siti Nor Bahyah Mahmood&Jaafar Salleh (Nov 2005), Panduan Mencerdaskan Minda, Telaga Biru Sdn. Bhd.


^_^

Cerita CIMB Clicks

Assalamualaikum,

Petang tadi adalah kali kedua aku telefon nombor 1-300-880-900. Sebelum ni (minggu lepas) pun aku ada hubungi nombor ni. Nampaknya ianya berulang lagi pada minggu ni disebabkan aku nak sangat topup kredit. Dulu aku pernah guna postpaid, tapi dah tamatkan (kisahnya sini).


Setelah menunggu hampir 3 minit (sebab banyak sangat nombor yang nak kena tekan, sampaikan nombor kad pengenalan pun kena masukkan) barulah aku disambung ke talian pegawai khidmat pelanggan. "Sila tunggu sebentar, pegawai khidmat pelanggan kami sedang sibuk". Aku boleh sabar lagi. "Pegawai khidmat pelanggan kami masih sibuk". Ayat tu berulang kali diulang di cuping telinga aku. Akhirnya setelah hampir 2 minit aku menunggu, "Pegawai khidmat pelanggan kami masih sibuk, sila cuba sebentar lagi.. (senyap)".

Memang dah angin aku rasa masa tu, sabar aje la. Cuba tenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam dan beristighfar (sebab aku cepat marah). Aku cuba dial lagi nombor tu dan setelah menunggu hampir 5 minit (mengikuti step yang sama macm tadi) barulah kedengaran suara pegawai khidmat pelanggan tu. "Selamat petang cik, ada apa yang boleh saya bantu?" sopan je suara dia, terus marah aku hilang.

"Selamat petang. Saya nak topup menggunakan CIMB Clicks, tapi nombor TAC saya dah disekat." aku menjawab. "Boleh saya buat pengesahan nama ibu cik dan nombor akaun cik?" dia tanya dan aku pun bagi maklumat yang diminta.

"Minggu lepas saya ada call mengenai masalah ni juga, tapi bila saya masukkan nombor TAC tu tetap salah dan akhirnya kena sekat balik. Saya pun dah malas nak call balik. Kenapa ya encik?" aku tanya balik pada dia. "Kalau melebihi 2 kali salah masuk nombor TAC, sistem kami akan sekat secara automatik." dia membalas. Aku diam aje la, 'mungkin betul kot aku salah masuk nombor tu'.

"Baiklah, saya dah buka sekatan ke atas akaun cik dan cik boleh gunakan sekarang. Ada apa-apa yang saya boleh bantu lagi?" dia menyoal. "Setakat ni takde. Terima kasih encik." aku membalas, tangan aku sibuk login akaun CIMB Clicks. "Terima kasih kerana menghubungi kami." balasnya.

Setelah login, aku memulakan transaksi. Dah request TAC dan dihantar ke telefon bimbit aku. Aku masukkan nombor TAC tu dengan berhati-hati, takut tersilap lagi kena sekat balik. Kali pertama masuk, salah. Kali kedua masuk pun salah juga dan akhirnya disekat sekali lagi. Kecewa sangat rasanya hati aku masa tu, malas dah nak call dia balik. Total modal aku call tadi RM6.50. Memang tak berbaloikan? Sebab aku nak topup RM10.00 aje. Terpaksa buat ayat kasihan minta adik aku share kredit dia dengan aku. 

^_^

23 May 2013

Festival Belia Putrajaya 2013

Assalamualaikum,


Festival Belia Putrajaya kembali lagi pada tahun 2013. Ianya dah pun bermula pada hari ini, 23 Mei 2013 dan akan berakhir pada 26 Mei 2013. Pelbagai aktiviti menarik telah dijadualkan sepanjang festival ini berlangsung. Untuk maklumat lanjut boleh terus layari Laman Web rasmi Putrajaya Youth Festival (klik sini).

Bagi pengunjung yang ingin menggunakan pengangkutan awam, tambang istimewa ditawarkan untuk perkhidmatan KLIA Transit (ERL) dan Bas Nadi Putra. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beramai-ramai memeriahkan lagi festival ini. 

Klik untuk besarkan

^_^

Kisah Bidadari Syurga

Assalamualaikum, 

Gambar sekadar hiasan - Google
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah). Baginda berkata: "Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga."

Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi SAW kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor, Sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, "Di manakah saya berada sekarang?" Lalu lelaki itu menjawab, "Inilah Syurga."

Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini. Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya, "Adakah saudari Ainul Mardhiah?" Wanita itu menjawab, "Eh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana." 

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, "Adakah saudari ini Ainul Mardiah?" Wanita itu menjawab, "Maaf, saya bukan Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana."

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, "Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya." Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi."

Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya Rasululah SAW berkata: "Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga."

Nota:
Aku ada juga membaca bahawa wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga:
Daripada Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin." Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)" (Riwayat al-Tabrani)

Sumber :

^_^

22 May 2013

Header Baru Aku

Assalamualaikum,

Agak-agaknya ada orang perasan tak background dan header di blog aku dah berubah? Jutaan terima kasih diucapkan kepada blogger Kathy R'bain yang sudi membuat header  baru untuk aku. Aku hargai sangat usaha murni beliau (rasa terharu sangat, macam nak nangis je). Siap buatkan cursor dan bagi background lagi untuk aku. 

Sebagai tanda ucapan terima kasih tidak terhingga kepada beliau, aku ingin review sikit mengenai blog beliau. Blog diberi tajuk "Coretan Hati Kathy". Kemas dan tersusun je blog Kathy ni. Pelbagai tutorial untuk mencantikkan blog anda boleh dicari di blog ini (http://coretanhatikathy.blogspot.com/).

Blog Coretan Hati Kathy

Masa belek-belek blog Kathy tadi, baru aku tahu Kathy mempunyai dua lagi blog iaitu Hasil Penaku (http://marzadalia.blogspot.com/) dan Diari Resipi (http://resipidarihati.blogspot.com/). Di dalam blog Hasil Penaku, memaparkan hasil karya yang terdiri daripada e-Novel, puisi dan kisah seram. Jika anda minat untuk membaca, silalah datang ke sini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah dan follow di blog beliau. 

^_^

Wordless Wednesday #5 - Basikal vs Kereta

Assalamualaikum,

Basikal vs Kereta


^_^

Bloglist Akupenghibur.com

Assalamualaikum,

Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada Acik (Blog Aku Penghibur.com) di atas kesudian beliau untuk memasukkan aku ke dalam bloglist beliau. Aku ingin review sikit mengenai blog beliau. 

Blog Aku Penghibur.com (http://www.akupenghibur.com/)

Blog Aku Penghibur merupakan blog yang memaparkan mengenai perkongsian realiti kehidupan semasa masyarakat kini berdasarkan pengalaman Acik sendiri. Nasihat dalam bentuk cerita motivasi mampu membuatkan hati anda tersentuh untuk berubah jadi lebih baik dan positif, Insya-Allah. 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah dan follow di blog yang famous ni. 

^_^

21 May 2013

Warna dan Personaliti

Assalamualaikum,

Tahukah anda, warna memainkan peranan penting di dalam menentukan perasaan seseorang? Setiap warna mempunyai pengaruh kepada jiwa dan persepsi manusia. Begitu hebatnya Allah SWT menciptakan pelbagai warna di dunia ini. 

Aku ingin kongsikan mengenai hasil kajian yang ditakrifkan oleh beberapa pakar warna seperti berikut:

1. Kuning
Ceria, tahan lasak, suka berkawan, suka popular, enjoy

2. Hijau
Tenang, pemurah, berperikemanusiaan, kreatif, mengambil berat, banyak idea, pengasih, penyayang

3. Coklat
Matang, sihat, berdikari, tenang

4. Merah
Kemegahan, pantas, kurang sabar, bersemangat

5. Hitam
Ego, keyakinan tinggi, mudah hiba, iltizam yang tinggi, komited, serius, tak pandai berlawak

6. Putih
Optimistik, suci, kedamaian, tak suka bergaduh, kurang kreatif, kadang-kadang membosankan, bersangka baik

7. Biru Muda
Sensitif, beretika, romantik, suka menolong, mudah bekorban, kerjasama, membawa kesembuhan

8. Perak/Emas
Kejayaan, positif, ceria, gigih

9. Merah Jambu
Penyayang, bersungguh-sungguh, naluri seks yang tinggi, ekstrim apabila fokus kepada sesuatu, sihat

10. Oren
Suka kebebasan, aktif, agresif, sihat

Apakah warna kesukaan anda? Diingatkan di sini, ini hanya sekadar kajian yang dilakukan oleh manusia. Hanya Allah SWT maha mengetahui segala-galanya. 

Rujukan : 
  • Dato'Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Zizi Azlinda Yusof  (Ogos 2005), Petua Sentiasa Ceria, Telaga Biru Sdn. Bhd. 
  • Gambar : google.com.my